TRANSFORMASI DI UITM MERBOK..TAKBIR!!

Salam perjuangan..
"subhanallah, alhamdulillah, allhuakbar...takbir! takbir! takbir! syukran jiddan yaALLAH..Syukran..". terdetik nya semua ini di hati saya apabila mana saya merasakan gerakan islam di kampus kecil uitm merbok ini telah berjaya melakukan satu transformasi dan permulaan langkah yang cukup berani. dalam kegelapan earth hour kononnya di uitm merbok ini, satu persembahan yang DILULUSKAN oleh pengarah kampus telah diadakan. mahasiswa-mahasiswa yang menjadi boneka sekian lama ni, turut turun untuk melihat persembahan bodoh yang di lakukan.. tapi bagi saya itu bukan directly salah mahasiswa, tetapi pimpinan atasan kampus yang telah memperkotak katikkan pemikiran mahasiswa untuk terus dan terus mengikut arahan mereka tanpa ada kesedaran untuk bersuara. kami telah menghantar satu permohonan kepada pengarah kampus untuk menjalankan BADAR pada malam ini yang kami rasa pastinya gejala kemaksiatan itu menjalar di kalangan mahasiswa. TETAPI, permohonan kami itu TIDAK DI LULUSKAN oleh perngarah kampus.. yaAllah, ana terfikir kenapalah pengarah ni menolak sedangkan KAMI INGIN MENOLONG BELIAU UNTUK KURANG KAN DOSA...astghfirullah...cukup mengecewakan. tapi jangan beranggapan kami seperti mahasiswa-mahasiswa yang lain, yang hanya menjadi pak turut kepada kehendak pimpinan yang sememangnya jelas-jelas melarang kepada melakukan perkara yang di suruh Allah.
Kami tetap mengatur langkah dengan kekuatan yang ada. saya cukup berbangga dengan sahabat-sahabat yang malam ini saya kira telah di tiup kan dengan roh perjuangan yang luar biasa..alhamdulillah. bila bermula nya earth hour, lampu semua dipadamkan, dan mahasiswa-mahasiswa di biarkan berkeliaran bebas tanpa ada sebarang sekatan lelaki dan perempuan. ana bermonolog dalaman, "sebenarnya, pengarah kampus uitm merbok ni nak melahirkan generasi siswa yang bagaimana??". kalu bergini lah gayanya, memang jelas dan nyata jawapan untuk persoalan hati saya. sebagai seorang mahasiswa yang bergelar pejuang islam, mesti berani berhadapan dengan perkara begini. jangan ada rasa gentar kerana perkara yang dilakukan untuk membantah persembahan jahiliyyah itu sememangnya tidak salah, cuma nampak salah di kalangan golongan jahiliyyah moden ini. Bila persembahan yang dijalankan tersebut seolah-olah melakukan pemujaan, sampai ada sekelompok mahasiswa yang kata, "eh, ni pemujaan black metal ke ape ni".. sangat teruk bagi pandangan saya. semangat -semangat muslimini dan muslimat yang turut serta dalam membantah, yang saya kira kehadiran kami tidak di undang (kami peduli apa), walaupun sedikit, tapi cukup bermakna. dan berbangga nya saya apabila salah seorang muslimin kita telah melakukan satu perkara yang saya kira releven pada ketika itu supaya orang lain nampak yang mereka sedang di PERBODOHKAN. wahai mahasiswa, bangkitlah!. kalian perlu berani..jangan mudah di perolak alikkan dengan perkara yang tidak baik diperlakukan keada mereka yang bergelar mahasiswa. dan malam ini adalah malam dan tarikh yang membawa peristiwa yang cukup bermakna sebagai satu titik tolak yang cukup baik untuk gerakan islam di uitm merbok untuk lebih berani mendepani kezaliman yang berlaku terhadap islam dan mahasiswa di masa akan datang. jangan gentar dan takut menentang kuffar. sesungguhnya, kita ada Allah bersama-sama. ambil ini sebagai satu advantage untuk gerakan islam terus dan terus dan terus melangkah dengan gagah melawan kemungkaran yang nyata. ingatlah dengan janji Allah:
"..sekiranya kamu membantu agama Allah, Allah pasti membantu kamu dan mengukuhkan kedudukanmu..."
(Surah Muhammad: 7)



STUDENT POWER! STUDENT POWER! STUDENT POWER!
TAKBIR!

FREE PUBLIC FORUM!!


Salam perjuangan.


FREE PUBLIC FORUM

Pencabulan Amalan Federalisme : Implikasi kepada institusi Perundangan di Malaysia


Tarikh : 1 April 2010

Masa : 7.30 ptg - 11.30 ptg

Lokasi : Auditorium Dewan Sivik MBPJ

Jalan Yong Shook Lin, 46675

Petaling Jaya
Sekiranya anda ingin mendengar kupasan-kupasan tentang isu yang sering kali membuntui anda, dhadirkanlah diri supaya persoalan di dalam benak fikiran anda terjawab (barangkali)..

DEMONSTRASI BANTAHAN TERHADAP PENGHINAAN NABI MUHAMMAD SAW

Salam perjuangan
hanya sekadar satu perkongsian kepada semua sahabat-sahabat yang melawati blog yang xcantik ni, satu demontrasi bantahan terhadap penghinaan Nabi junjungan kita, Muhammad SAW akan diadakan pada hari ni, 26 Mac 2010 bertempat di kedutaan Swedan selepas solat jumaat..moga-moga keberkatan hari jumaat tersebut akan mencampahkan keberkatan demonstrasi ini..amiin..marilah kita sama-sama turun ke landasan demonstrasi untuk menunjukkan bahawa betapa umat Islam itu ada satu sifat sensitiviti yang tinggi terhadap penghinaan kepada pembawa Agama kita. kepada yang tidak dapat turun, doakanlah untuk kejayaan demonstrasi tersebut supaya tidak ada lagi penghinaan seperti itu selepas demonstrasi ini dijalankan...amiin..

BINGKISAN BICARA HATI SERIKANDI SOLEHAH

Mujahidah Solehah..
mengalir air mataku membasahi pipi..
tatkala di campak ke tanah yang gersang lagi sepi..
termenung diriku berfikir sendiri..
ketika mana amanah datang tanpa ku rela hati..
ingin ku tempis jauh dari sanubari..
tapi tidak terdaya ku melawan kuasa Illahi..
namun, ku tetap gagahkan diri..
kerana aku seorang serikandi..
Mujahidah Solehah..
Apabila tersungkur ku bangkit berdiri..
ketika dihembus roh perjuangan kembali..
Apabila ku tersungkur lagi rebah ke bumi..
sahabat menyapa memberi motivasi..
Ku redah lautan api yang penuh mehnah dan tribulasi..
namun, ku tetap tabahkan diri..
kerana aku seorang serikandi..
Mujahidah Solehah..
petahnya berbicara sehingga mampu menggegar bumi..
terkadang terlanjur tanpa ku sedari...
Andainya ada yang terguris di hati..
maafkanlah sekujur badan yang lemah ini..
kelemahan ku itu minta di ampuni..
namun, ku tetap teruskan perjuangan memecahkan tradisi..
kerana aku seorang serikandi..
Mujahidah Solehah..
ku bimbang tatkala ujub menyapa diri..
mulalah timbul perasaan meninggi diri..
yang bisa memandu riakku memuncak tinggi..
sehingga diri dimamah ego yang meracuni diri..
aku sentiasa memohon kepadaMu Ya Rabbi..
supaya hidupku sentiasa diredhai..
Namun, ku teruskan mendidik hati dan nurani..
kerana aku seorang serikandi..
Mujahidah Solehah..
ku ingin menjadi selembut Khadijah..
Ku ingin menjadi setabah Sumayyah..
Ku ingin menjadi sebijak Aishah..
Ku ingin juga menjadi seberani Rabiatul Adawaiyyah..
tapi, siapalah diriku ini..
hanya seorang insan yang hina dan keji..
yang terus menagih kasih Illahi..
namun, akan ku tetap berjuang sehingga mati..
sampaikan tumpah darahku mengalir ke bumi..
dugaan datang ku sanggup hadapi..
semata-mata untuk meraih cinta yang hakiki..
ku akan tegarkan langkahku ini..
kerana aku seorang serikandi.....
saya pun tidak tahulah nak ungkapkan ini sebagai syair atau ape. cume rangkap ini saya mendapat ilham ketika mana saya berada dalam kuliah Law...hanya sekadar luahan hati seorang serikandi..:)

BERKONGSI KEGEMBIRAAN


salam perjuangan.


Alhamdulillah, tadi sempat jumpa dengan adik-adik usrah yang sangat saya sayangi yang saya kira perjumpaan kali ni ada satu perbincangan yang lebih rancak dari adik-adik. nak kata nya sini, menjadi satu kegembiraan kepada saya apabila berjumpa dengan adik-adik dan timbul satu semangat yang luar biasa apabila hendak berhadapan dengan mereka..Alhamdulillah Ya Rabb. Dalam saya menjadi kakak usrah kepada mereka, sebenarnya saya merasakan saya banyak belajar sesuatu dari mereka. dalam masa yang singkat tadi, sempat saya mengupas ayat Al-Quran yang berkaitan dengan sifat iri hati. betapa kita perlu ambik perhatian tentang sifat ini yang mana saya kira salah satu sifat yang boleh merencatkan gerak kerja Islam di kampus. Allah dah berfirman:


dan jangan lah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. kerana bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan pun ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. mohonlah kepada Allah sebahagian daripada kurniaanNya. sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

(surah An-Nisa':32).
adik-adik juga banyak berkongsi tentang apa yang mereka pelajari dan ada yang saling meminta pandangan tentang permasalahan-permasalahan semasa. tentang adab resam di berlainan tempat, tentang masalah inai dan tatu, tentang masalah berlebih-lebihan dalam kehidupan seharian dan juga dalam majlis perkahwinan dan macam-macam lagi. kadang- kadang adik-adik membuatkan saya tertawa dengan gelagat-gelagat mereka yang sedikit nakal tapi profesional(mungkin). saya sentiasa mendoakan adik-adik ini dapat terus istiqomah dalam melakukan gerak kerja Islam yang suci..amiin.



JALINAN ANTARA KAU DAN AKU...

salam perjuangan..

saya berbesar hati untuk mulakan penulisan saya kali ini dengan serangakap pantun..(suka benor berpantun ek..)

berlabuh diatas kerusi rotan,
sambil memikirkan kekhilafan diri,
jalinan ukhwah peneraju kebangkitan,
ikatlah dengan hati sanubari
ukhwah bukan sesuatu yang mudah untuk di ungkapkan, tetapi sesuatu yang cukup subjektif bagi pandangan saya. saya ingin sedikit berkongsi dengan pembaca-pembaca tentang sahabat-sahabat saya di matrikulasi . saya dapat rasakan walaupun kami berjauhan, sorang di utara, sorang di selatan dan di merata-rata dunia pun ade, tapi masih dapat rasakan ikatan yang cukup kuat antara kami. walaupun tidak makan bersama,tidak bertemu mata, tapi masih merasakan ikatan tersebut. kerana ape? satu-satunya adalah kerana masing-masing memberi hati kepada sahabat-sahabat. yang menjadi persoalan kita semua pada hari ini sahabat-sahabat, adakah kita memberi hati kita pada sahabat kita? anda pasti tahu jawapannya. ingat lah sahabat-sahabat, bukan semudah di sebut di bibir, tapi bagaimana kita aplikasikan dalam hati kita, jiwa kita, dan barulah dapat di zahirkan...tapi saya cukup bimbang dengan kondisi saya sebagai seorang pimpinan sekarang, takut-takut diri yang dhaif ini tak dapat nak mendidik sahabat-sahabat seperjuangan di kampus untuk memberi hati-hati mereka..dan paling dibimbangi, saya sendiri tidak dapat memberi hati kepada sahabat-sahabat..yaAllah, mintak dijauhkanlah itu dariku.. jadi, sentiasalah berdoa agar kita sentiasa tergolong dalam golongan yang sentiasa memberi lebih dari meminta...saya peringatkan diri saya sendiri terutamanya, insan yang lemah lagi hina disisi Allah yang maha Esa ni...wallahualam.

CINTA SEBAGAI BUNGA KEBAHAGIAN..

Rumah usang dimamah usia,

peninggalan dari baba dan nyonya,

Cinta itu fitrah manusia,

Anugerah Allah kepada hambaNya

Indah sungguh kota peranginan,

Ciptaan tuhan menjadi tumpuan

Diikat pasangan atas taman keimanan,

Bercambah mekarlah bunga kebahagiaan.



Salam Perjuangan.....

cukuplah sekadar dua rangkap pantun dahulu saya rangkapkan bagi orang yang tidak pakar berpantun seperti saya ini..:).

Cinta itu fitrah. Memang Allah akan campakkan kepada setiap hambaNya, dan saya rasa rugilah bagi mereka yang menolak atau menempis anugerah Allah ini kepada mereka. Menerima CINTA tidak salah, tetapi yang salah adalah CARAnya...manusia sering kali membuat kesilapan dengan menggunakan cara yang tidak sepatutnya dan terkadang melakukan dengan cara di benci oleh Allah...ini lah yang kita sebagai manusia takutkan, nau'zubillah min zalik. Saya ingin berpesan-pesan kepada diri saya sendiri terutamanya dan kepada pembaca-pembaca sekalian, cari lah CINTA yang pastinya mendekatkan diri kita kepada Allah, dan jangan sekali-kali mendekati atau menggauli CINTA yang sudah pasti kita rasakan menjauhkan diri kita dari Cinta ILLAHI yang hakiki. Beringat-ingat lah kita...