MUSLIMAH O MUSLIMAH

(sekadar gambar hiasan)

salam perjuangan

saya sangat berminat apabila membicarakan tentang wanita dalam mendepani era globallisasi yang saya kira kira cukup mencabar pada masa kini. kalu dilihat didalam dunia ini, seperti boleh dikira apa yang TIDAK berkaitan dengan wanita, majoritinya mesti virtuenya adalah wanita, sasaran global masa kini adalah kaum hawa lebih dari kaum adam. bak kata salah seorang lecturer saya, mungkin ini disebabkan wanita itu sendiri dianugearahkan Allah dengan 9 nafsu...fuh, hebat manusia yang bergelar wanita..:). jadi dari sini sendiri dah boleh dilihat dan dinilai betapa wanita itu harus menjalani satu kehiduapan yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang menjadi musuh utama adalah nafsunya sendiri (kaum adam pun sama). ini adalah secara generalnya untuk dibicarakan kerana pada andaian saya memang wanita di seluruh pelosok dunia ni pasti menghadapi cabaran yang sama iaitu nak menghandle 9 nafsu tersebut.



sahabat-sahabat sekalian,



bila disebut muslimat didalam perjuangan Islam pula pastinya ia akan membezakan muslimat ini dengan wanita-wanita yang lain. sangat berlainan dan mempunyai keunikan penghidupan yang yang tidak dapat digambarkan oleh orang biasa. kita sebagai muslimat terutamanya yang berada bersama-sama dibarisan hadapan harus mempunyai ketabahan yang cukup hebat. cukup-cukup kuat. saya tidak mahu masukkan lagi tentang cabaran muslimat di alam baitul muslim kerana saya sendiri belum pernah merasai berada di alam tersebut. cukuplah sekadar menyentuh tentang muslimah di zaman mereka masih single dalam perjuangan. saya suka untuk list kan beberapa cabaran- cabaran yang saya rasa ini adalah cabaran yang biasa di tempuhi oleh muslimat kita.



  • takut untuk berhujah dan memberi pandangan kerana takut terlebih dari muslimin kononnya

  • segan untuk ke depan kerana takut-takut kemuslimahannya akan dirobek dan tercalar

  • masalah hati dan perasaan yang membuak-buak , internally or externally

  • Diuji dengan kaum lelaki yang hadir dalam penghidupan. ( ramai peminat gamaknya)

  • dll ( kalu ade cadanagan dan pandangan lain, sila-silalah berkongsi..:)

saya lebih suka untuk menyentuh tentang point yang ke-1 dan ke-2. saya terfikir, kenapa muslimat takut untuk kedepan, terutamanya apabila ingin memberi pandangan. adakah kerana mereka takut pandangan mereka dikritik atau di tolak? adakah mereka tidak yakin untuk memberitahu orang lain pandangan mereka? sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana Allah, muslimta mesti kedepan. di era globalisasi ni, muslimat mesti menjadi berani untuk kedepan. beranikan diri, beranikan. sebab saya merasakan dalam perjuangan, kok mane-mane sekalipun, muslimin memerlukan buah pandangan dari muslimat..muslimat di ibarat check n balance dalam perjuangan..hatta Rasullullah sendiri meminta pandangan dari isteri-isterinya..TAPI INGAT! dalam kita memikirkan untuk kedepan wahai muslimat, beringat-ingatlah bahawa anda adalah seorang muslimah...jangan sampai melunturkan ciri-ciri kemuslimahan kita...tetap ada batasnya. setakat ini dulu perkongsian saya, insyaAllah saya akan bicara kan lagi tentang seorang muslimah di dalam post akan datang kerana merasakan tajuk muslimah ni cukup menarik..:).wallahualam.

0 comments:

Post a Comment