BERKONGSI KEGEMBIRAAN


salam perjuangan.


Alhamdulillah, tadi sempat jumpa dengan adik-adik usrah yang sangat saya sayangi yang saya kira perjumpaan kali ni ada satu perbincangan yang lebih rancak dari adik-adik. nak kata nya sini, menjadi satu kegembiraan kepada saya apabila berjumpa dengan adik-adik dan timbul satu semangat yang luar biasa apabila hendak berhadapan dengan mereka..Alhamdulillah Ya Rabb. Dalam saya menjadi kakak usrah kepada mereka, sebenarnya saya merasakan saya banyak belajar sesuatu dari mereka. dalam masa yang singkat tadi, sempat saya mengupas ayat Al-Quran yang berkaitan dengan sifat iri hati. betapa kita perlu ambik perhatian tentang sifat ini yang mana saya kira salah satu sifat yang boleh merencatkan gerak kerja Islam di kampus. Allah dah berfirman:


dan jangan lah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. kerana bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan pun ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. mohonlah kepada Allah sebahagian daripada kurniaanNya. sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

(surah An-Nisa':32).
adik-adik juga banyak berkongsi tentang apa yang mereka pelajari dan ada yang saling meminta pandangan tentang permasalahan-permasalahan semasa. tentang adab resam di berlainan tempat, tentang masalah inai dan tatu, tentang masalah berlebih-lebihan dalam kehidupan seharian dan juga dalam majlis perkahwinan dan macam-macam lagi. kadang- kadang adik-adik membuatkan saya tertawa dengan gelagat-gelagat mereka yang sedikit nakal tapi profesional(mungkin). saya sentiasa mendoakan adik-adik ini dapat terus istiqomah dalam melakukan gerak kerja Islam yang suci..amiin.



0 comments:

Post a Comment